Mukhriz: Kedah adakan konsultasi sebelum TPPA ditandatangani
Astro Awani
Ogos 26, 2013 20:40 MYT
Ogos 26, 2013 20:40 MYT
Kerajaan negeri Kedah telah mengadakan konsultasi beberapa kali dengan kerajaan Persekutuan sebelum sebelum perjanjian perkongsian trans-pasifik (TPPA) ditandatangani.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata konsultasi ini berlaku sejak 2011 dan terbaru pada Julai lalu bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) Datuk Mustapha Mohamed.
Ia adalah penting bagi mendapat maklum balas terbaik sebelum TPPA ditandantangai bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Katanya kerajaan negeri tidak terburu-buru dalam perkara ini dan telah mendapat jaminan bahawa sebelum sebarang perjanjian dibuat kepentingan rakyat lebih diutamakan dan dipelihara.
“Kerajaan perlu melihat secara mendalam kerana ia melibatkan bidang pertanian, industri kecil dan sederhana, perubatan dan perolehan kerajaan,” katanya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri bersidang.