Muka hancur dibaham mesin
Dewi Nur Harasha Alias
November 29, 2017 15:29 MYT
November 29, 2017 15:29 MYT
Seorang pekerja kilang warga Filipina maut apabila kepalanya tersepit pada sebuah mesin membuat acuan di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Bukit Tengah Pulau Pinang pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka.
Komander Operasi Balai Bomba Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II Azham Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Sebaik tiba pihaknya mendapati sebahagian kepala mangsa terperosok dimesin berkenaan dan usaha mengeluarkan mangsa dibantu juruteknik kilang yang mengendalikan mesin tersebut.
Mangsa disahkan maut oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Bukit Mertajam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#berita hari ini
#Berita Terkini
#bomba
#Bukit Mertajam
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#kemalangan
#kemalangan tempat kerja
#kepala tersepit
#mati
#mati kepala tersepit
#maut
#mesin acuan
#pecah kepala
#pekerja asing
#pekerja kilang