Muhyiddin ziarah Tun Rahah, berdoa agar diberi kesembuhan
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 17, 2020 20:46 MYT
Disember 17, 2020 20:46 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohammad Noah di ibu negara pada Khamis.
Dalam perkongsian ringkas menerusi Facebooknya, Muhyiddin turut berkongsi foto bersama anak Tun Rahah, yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan adiknya, Datuk Seri Nazir Razak.
"Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
"Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga bonda Datuk Seri Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin," ujarnya.
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Nazir Razak
#Perdana Menteri
#Tun Rahah Mohammad Noah
#sakit
#ziarah