Muhyiddin ucap takziah kepada kerabat Almarhum Raja Abdullah

Bernama
Januari 24, 2015 08:34 MYT
Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia di hospital akibat jangkitan paru-paru pada awal pagi Jumaat. - Foto AFP
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucap takziah kepada kerabat diraja Arab Saudi dan rakyat negara itu atas kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz.
"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Arab Saudi ataskemangkatan Raja Abdullah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Laporan berita memetik stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi yang melaporkan Raja Abdullah mangkat pada awal pagi Jumaat pada usia 90 tahun.
[GALERI FOTO]: RAJA ABDULLAH ABDULAZIZ DALAM KENANGAN
Ia menyatakan adinda baginda, Putera Salman bin Abdulaziz telah dinamakan sebagai raja yang baharu.
#Arab Saudi #Muhyiddin Yassin #putera salman #raja abdullah abdulaziz
;