Muhyiddin tiba untuk prosiding kes rasuah RM232.5 juta
Sinar Harian
Mei 26, 2023 09:45 MYT
Mei 26, 2023 09:45 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. - Sinar Harian