Muhyiddin terima sokongan terbesar sebagai PM pilihan rakyat - EMIR Research

Harits Asyraf Hasnan
November 16, 2020 15:23 MYT
Muhyiddin menerima sokongan 65 peratus responden sebagai perdana menteri pilihan berbanding tujuh lagi calon lain. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi rakyat sebagai perdana menteri pilihan, menurut laporan EMIR Research.
Memetik kajian yang dilakukan pada suku ketiga tahun ini, Muhyiddin menerima sokongan 65 peratus responden berbanding tujuh lagi calon lain.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua iaitu dengan 10 peratus sokongan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedudukan ketiga, lapan peratus.
Lain-lain sokongan, rujuk rajah di bawah:
Malah, Muhyiddin turut menerima sokongan yang tinggi di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang, dimana Dr Mahathir menerima sokongan terbesar.
Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan sokongan daripada kaum Cina dan India terhadap Muhyiddin agak kukuh, iaitu masing-masing 50 peratus dan 49 peratus.
Sokongan kedua tertinggi melibatkan dua kumpulan kaum ini adalah kepada Anwar.
Corak sama turut ditunjukkan dalam kalangan pelbagai kumpulan demografi. Muhyiddin menerima sokongan tinggi daripada responden urban (68 peratus).
Mengikut pecahan jantina pula, Muhyiddin menerima sokongan terbesar dari responden wanita (73 peratus).
Sementara dari segi umur pula, beliau menerima sokongan besar dari kumpulan muda.
Kajian EMIR Research ini dilakukan pada Ogos lalu dengan pelbagai metodologi kajian dilaksanakan melibatkan 2,096 responden.
#Muhyiddin Yassin #Anwar Ibrahim #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #perdana menteri pilihan #EMIR Research
;