Muhyiddin terima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara

Bernama
April 30, 2019 11:51 MYT
Muhyiddin bersalaman dengan Mohamad Fuzi semasa menerima kunjungan hormat perpisahan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di pejabatnya hari ini.
Menurut laman Facebook Muhyiddin, Mohamad Fuzi akan bersara wajib pada Jumaat ini (3 Mei).
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 Sept 2017.
Beliau sebelum itu merupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.
-- BERNAMA
#Bukit Aman #Facebook #Ketua Polis Negara #Muhyiddin Yassin #polis