Muhyiddin: Pengusaha pelacongan perlu lebih teliti dan agresif

Astro Awani
Mei 23, 2013 07:30 MYT
Pengusaha pelancongan di Malaysia perlu lebih teliti dan agresif mempromosikan produk pelancongan bagi memastikan industri itu mampu terus memberi saingan kepada negara jiran.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perancangan jangka panjang yang agresif penting kerana kebanyakan produk yang ditawarkan hampir sama dengan negara lain.
Menjadikan industri pelancongan Phuket sebagai contoh, beliau berkata keupayaan melaksanakan promosi yang baik sehingga membawa kepada peningkatan hampir 19 peratus dari segi kedatangan pelancong ke kawasan peranginan tahun lepas perlu diberi perhatian dan dipelajari semua pemain industri terbabit.
katanya keupayaan pulau berkenaan menyediakan jumlah bilik hotel lebih daripada mencukupi turut meyumbang kepada kehadiran pelancong berbanding di Malaysia yang kekurangan bilik hotel untuk beberapa kategori bintang.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.
#industri #pelancongan #produk #Tan Sri Muhyiddin Yassin
;