KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang diadakan secara maya di sini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata majlis itu turut dianggotai menteri berkaitan, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, selain Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan pengerusi ganti NEC.
Kenyataan itu berkata majlis berkenaan akan turut disertai wakil sektor swasta dan industri yang akan diumumkan kelak, dan akan bermesyuarat secara kerap mengikut keperluan semasa.
"Menerusi penubuhan NEC, perdana menteri yakin inisiatif penciptaan pekerjaan yang bermula tahun 2021 dan ke hadapan akan menjadi lebih terancang dan dilaksanakan secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan.
"Usaha ini akan dipandu oleh Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional yang akan dibangunkan kelak bagi memacu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta menjamin kesejahteraan hidup rakyat," menurut kenyataan itu.
Menurutnya NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu 'Kesejahteraan Rakyat'.
NEC juga merupakan majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif kerajaan, khusus dalam mencapai sasaran untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan selain menangani isu pengangguran.
"Penubuhan majlis ini turut sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan pemulihan dan rangsangan sektor ekonomi di Malaysia berjaya dilaksanakan dengan pendekatan menyeluruh, berpandukan data dan sepadan dengan permintaan industri semasa, di samping mengambil kira faktor kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negara.
"NEC memainkan peranan yang penting bukan sahaja bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi dan meningkatkan penciptaan pekerjaan, bahkan untuk menangani isu-isu lain yang berkaitan seperti kekurangan pekerja di sektor tertentu, kesaksamaan peluang untuk golongan rentan, dan penggajian," katanya.
NEC turut disokong sebuah pasukan petugas peringkat tinggi yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mohd Zuki akan bertindak menyelaras lima pasukan petugas khas iaitu Pasukan Petugas Khas Pendidikan Nasional, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sumber Manusia dan Keusahawanan, Real Economy, dan Deeptech and Future Skills.
"Pasukan Petugas Khas ini bertanggungjawab melaporkan status pelaksanaan di bawah kluster masing-masing kepada Pasukan Petugas Peringkat Tinggi secara bulanan.
"Unit Laksana (Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) Kementerian Kewangan, akan bertindak selaku Sekretariat NEC dan memantau kemajuan pelaksanaan setiap program di bawah inisiatif NEC supaya lebih efektif berpandukan penilaian yang bersesuaian dari masa ke masa," katanya.
Sehubungan itu katanya warganegara yang terkesan atau sedang mencari pekerjaan, boleh mula mendaftar di portal MyFutureJobshttps://www.myfuturejobs.gov.my/ yang merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan, termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara secara maya di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.