Muhyiddin pengerusi mesyuarat tertutup BN Kelantan
Astro Awani
Januari 31, 2013 12:35 MYT
Januari 31, 2013 12:35 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat tertutup Barisan Nasional Kelantan.
Mesyuarat itu adalah agenda pertama lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.
Mesyuarat yang bermula pukul 9.15 pagi itu dijangka menyentuh antara lain soal persiapan BN bagi menghadapi Piliha Raya Umum ke-13.
Muhyiddin yang tiba ke Kota Bharu bersama isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman seterusnya akan menghadiri pertemuan khas dengan pemimpin masyarakat dan NGO.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan penjawat awam persekutuan dan negeri serta merasmikan program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pasir Puteh pada sebelah malam.