Muhyiddin: Krisis DAP-PKR bukti pembangkang tiada persefahaman
Astro Awani
Februari 19, 2013 18:18 MYT
Februari 19, 2013 18:18 MYT
Krisis antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor membuktikan pakatan pembangkang tiada persefahaman.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka itu memang sudah dijangka.
Muhyiddin turut mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan propaganda pembangkang yang menggambarkan wujud pertelagahan di dalam Barisan Nasional (BN).
Pada masa sama beliau yakin Johor akan kekal sebagai kubu kuat BN pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Pusat Kegiatan Kemas di Sungai Siput, Perak.