Muhyiddin kongsi perkara yang terbuku di hati dalam Agenda AWANI jam 8.30 malam ini
Astro Awani
September 21, 2021 09:02 MYT
September 21, 2021 09:02 MYT
KUALA LUMPUR: Melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan majoriti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masih ada perkara yang terbuku di hatinya sehingga hari ini.
Susulan kemelut politik yang berlaku pada ketika itu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu menterjemahkan matlamat yang cuba direalisasikan sebelum ini.
Pada 9 Sept lalu, Muhyiddin berkata beliau optimis dalam berhati-hati bahawa dengan pendekatan keseluruhan negara, 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia, sejajar dengan jangkaan umum.
Berucap pada penutup Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, beliau berkata, inisiatif ekonomi itu yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac 2020 telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.
Muhyiddin, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri 16 Ogos lalu, dilantik sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 Sept.
Saksikan program Agenda AWANI, yang membawakan penampilan eksklusif bersama Pengerusi MPN, Muhyiddin Yassin pada jam 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI dan aplikasi Astro AWANI.