Muhyiddin hadiri program Jelajah Astro Kasih Hijrah Rohani sempena Maal Hijrah

Astro Awani
Oktober 25, 2014 22:28 MYT
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat, kiri) tersenyum ketika mendengar ceramah pada majlis Hijrah Rohani sempena Maal Hijrah.Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai lebih 10,000 penduduk di sekitar Kundang Ulu, Ledang, dalam program Jelajah Astro Kasih Hijrah Rohani, dekat sini, malam ini.
Program Hijrah Rohani diadakan sempena Sambutan Maal Hijrah Umno Bahagian Pagoh di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu.
Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh tiba di sekolah itu pada kira-kira 8.20 malam dengan diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan beberapa Exco kerajaan negeri Johor.
Antara Exco kerajaan negeri yang hadir ialah Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Mohamad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Saharuddin Md Salleh.
Dalam program itu, pelbagai segmen diadakan termasuk tazkirah, zikir, soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias dan persembahan nyanyian lagi Islamik oleh artis seperti Mawi dan Hafiz.
#Astro Kasih #Hijrah Rohani #Muhyiddin Yassin
;