Muhyiddin disahkan negatif COVID-19

Astro Awani
Mac 16, 2021 15:59 MYT
Muhyiddin baharu saja tiba dari UAE pada 11 Mac lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menjalani ujian saringan COVID-19 hari kelima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah pada Isnin.
Keputusan ujian saringan COVID-19 Muhyiddin yang diperoleh pada Selasa dan beliau disahkan negatif.
Muhyiddin tiba di Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu selepas selesai program rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Istana Al Yamamah di sini.
"Setibanya di Pangkalan Tentera Udara Subang, saya dan seluruh delegasi telah diberikan HSO untuk tempoh tujuh hari dan dipakaikan gelang pengawasan.
"Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi telah menjalani sebanyak lima ujian swab saringan COVID-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus tersebut ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.
Ini merupakan lawatan rasmi kedua Muhyiddin selaku Perdana Menteri selepas melawat Indonesia bulan lalu.
Dalam satu pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, Muhyiddin antara lain turut menyentuh mengenai ekonomi, pertahanan, pendidikan, jaminan makanan, perdagangan dan pelaburan.
Perbincangan antara kedua-dua pemimpin telah menyentuh mengenai kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, tenaga dan hal ehwal umat Islam termasuk berkaitan kuota haji dan umrah.
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #COVID-19 #ujian saringan #Arab Saudi #Emiriah Arab Bersatu #UAE #Raja Salman Abdulaziz Al Saudi #Istana Al Yamamah
;