Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan

Bernama
Januari 19, 2021 05:38 MYT
Allahyarham Muhammad Ehsan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 15 Jan lepas, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin pada Selasa.
BACA: Lelaki warga Malaysia meninggal dunia akibat lemas di Roxburgh, New Zealand
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan semalam merakamkan penghargaan kepada komuniti Malaysia dan Islam tempatan termasuk Otago Muslim Association, yang menghulurkan pelbagai sokongan dan bantuan bagi melancarkan pelbagai urusan berkaitan, khususnya dalam aspek pengurusan dan pengebumian jenazah.
"Sekali lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.
"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman," menurut kenyataan itu.
Muhammad Ehsan, 24, merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Auckland.
-- BERNAMA
#Muhammad Ehsan Zakaria #lemas di New Zealand #Pinders Pond #Green Island Cemetery #Suruhanjaya Tinggi Malaysia #Otago Muslim Association #pengebumian jenazah
;