Mufti Wilayah Persekutuan teruja dapat ilmu bubur lambuk daripada Raja Permaisuri Agong

Astro Awani
Mei 20, 2019 14:50 MYT
Dr Zulkifli ketika mendapat tip daripada Tunku Azizah - Foto Twitter / @drzul_albakri
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas perkongsian ilmu memasak bubur lambuk.
Katanya menerusi Twitter, beliau mengiringi Tunku Azizah yang mencemar duli menziarahi Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras bagi menyampaikan sumbangan.
"Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian menurunkan ilmu dan tips memasak Bubur Lambuk kepada patik," katanya yang turut berkongsikan foto sekitar majlis berkenaan.

Pagi ini mengiringi DYMM SPB Raja Permaisuri Agong mencemar duli menziarahi Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras bagi menyampaikan sumbangan. Turut hadir, YAB TPM, @drwanazizah Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian menurunkan ilmu dan tips memasak Bubur Lambuk kepada patik pic.twitter.com/9gTvS8Unp8

— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) May 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kunjungan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.
Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong berbesar hati berkongsi air tangannya memasak bubur lambuk menggunakan resepi istimewa baginda sebagai juadah berbuka puasa untuk rumah perlindungan itu.
Baginda kemudian berangkat melawat kediaman rumah perlindungan itu yang menempatkan 117 kanak-kanak berbilang kaum yang kurang bernasib baik, berusia bawah 12 tahun.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima daripada rumah kebajikan itu, sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).
#bubur lambuk #Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri #Perdana Menteri #Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Wan Azizah Wan Ismail
;