MUDA akan lancar Bantuan Bangkit, sasar keperluan pascabanjir - Syed Saddiq

Ridauddin Daud
Disember 27, 2021 16:42 MYT
Syed Saddiq turut memaklumkan parti itu berjaya mengumpul RM2,062,186.98 melalui kutipan dana yang digerakkan untuk membantu mangsa banjir. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan melancarkan Bantuan Bangkit, khusus untuk bantuan pascabanjir bagi rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana alam itu.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bantuan tersebut merangkumi bantuan kewangan serta peralatan termasuk untuk pelajar sekolah dan mahasiswa.
“Pertama ialah bantuan kewangan, RM300 kepada 300 keluarga terjejas. Kita akan fokus kepada golongan yang paling teruk terkesan terutamanya mereka yang datang daripada golongan B40.
“Kemudian, kita akan berikan set alat tulis dan beg sekolah, kelengkapan pakaian sekolah, komputer riba berkualiti untuk mahasiswa dan ini merupakan bantuan bersasar untuk pelajar.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
BACA: Banjir: Bantuan wang ihsan RM1,000 diperluas untuk setiap ketua isi rumah terjejas
BACA: Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
“Barangan rumah pula kita akan berikan peti sejuk, mesin basuh, set periuk nasi, dapur gas dan cerek,” katanya dalam sidang media ‘Pembentangan Belanjawan #maribantu 2021’ secara maya pada Isnin.
Pasca Banjir | MUDA akan lancar Bantuan Bangkit
Tambah beliau, MUDA juga telah menggerakan peguam untuk memberikan bantuan perundangan secara percuma dari segi insurans rumah, moratorium bank serta bantuan sekiranya ada mangsa banjir didiskriminasi majikan.
Sementara itu, dalam sidang media sama, Syed Saddiq turut memaklumkan parti itu berjaya mengumpul RM2,062,186.98 melalui kutipan dana yang digerakkan untuk membantu mangsa banjir.
Tegasnya, semua perbelanjaan yang digunakan daripada dana tersebut akan diaudit pihak ketiga.
“Sebab itu kami akan berunding dengan firma-firma audit yang terkemuka di Malaysia agar mereka dapat bekerjasama lakukan audit terhadap perbelanjaan yang telah kita lakukan.
Pasca Banjir | PM umum beberapa insentif untuk mangsa banjir
“Bukan saja untuk audit semata-mata tapi pada masa sama untuk tambah baik proses pengurusan untuk dapatkan standard yang bagus untuk kutipan dana sebegini.
“Sebab itu kami kumpulkan segala dokumen yang ada,” ujarnya.
Tambah beliau, setakat 26 Disember, sebanyak RM789,521.66 telah dibelanjakan dan ia merangkumi antaranya perbelanjaan membeli makanan, alatan pembersihan, jaket keselamtan, set tidur dan logistik.
#muda #kutipan dana #pasca banjir #Moratorium
;