Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi

Bernama
Julai 21, 2024 13:45 MYT
Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh KPDN itu memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit yang dipantau.
CYBERJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Beliau berkata melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh membuat perbandingan harga dengan mudah dan sekiranya mereka mengesan kenaikan mendadak ke atas harga barangan tertentu, Komuniti MADANI boleh memaklumkan kepada pegawai penerangan daerah yang bertugas di komuniti masing-masing.
"Maklumkan di tempat masing-masing apa produk yang ada, apa kesukaran, supaya kita boleh bekerjasama dengan KPDN untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
"Inilah antara fungsi dan tugas kita sebagai komuniti MADANI," katanya dalam pertemuan dengan kira-kira 2,000 ahli Komuniti MADANI dalam satu sesi bersempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini hari ini.
Aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh KPDN itu memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit yang dipantau.
#harga barang #Price Catcher #kpdn #Fahmi Fadzil
;