Muat naik kandungan sumbang, pelakon terkenal didakwa hari ini

Sinar Harian
Oktober 3, 2022 07:20 MYT
Seorang pelakon terkenal tanah air dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. -Gambar hiasan.
PUTRAJAYA: Seorang pelakon terkenal tanah air dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.
Ia dipercayai berkaitan dengan tindakan artis tersebut memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.
Pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pelakon yang juga model berusia 36 tahun itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -Sinar Harian
#pelakon didakwa #Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 #Mahkamah Sesyen Sepang #kandungan bersifat sumbang di media sosial
;