Mualaf terus tradisi keluarga sambut Tahun Baru Cina
Astro Awani
Februari 19, 2015 10:19 MYT
Februari 19, 2015 10:19 MYT
Walaupun sudah memeluk Islam namun bagi seorang mualaf, Nazrin Cheong Abdullah tidak menghalang baginya meneruskan tradisi keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun.
Sebagai seorang mualaf, hubungannya dengan ibu bapa tidak terputus kerana Islam mengajar walaupun sudah memeluk Islam, ibu bapa masih merupakan orang paling penting dalam hidup.
Menurut beliau, yang paling penting malam sehari sebelum Tahun Baru Cina iaitu semasa setiap tahun semua keluarga tidak kira jauh atau dekat akan balik berkumpul bersama-sama keluarga untuk makan besar.
Sementara itu bagi isteri Nazrin, Azrina Abdul Latif sudah 15 tahun beliau berkahwin, beliau sentiasa membantu suami dan ibu mertuanya membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina.