MTUC cadang elaun sara hidup untuk sektor swasta
Astro Awani
Disember 27, 2013 18:30 MYT
Disember 27, 2013 18:30 MYT
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut presidennya Khalid Atan, hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari.
Tambahnya, adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang COLA itu kepada sektor swasta.
Upah RM30 sehari tersebut hanya setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.
Pada masa ini gaji minimum pekerja di semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak ialah RM800.
Klik pada video untuk selanjutnya.