MRT umum ubah laluan jalan di Bukit Bintang

Astro Awani
Januari 13, 2014 18:32 MYT
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan akan mengubah haluan laluan jalan ke sebelah kanan Jalan Bukit Bintang mulai Rabu ini sebagai permulaan peringkat kedua pelan pengurusan lalu lintas di kawasan itu.
Pada masa ini, lalu lintas menuju ke arah Jalan Bukit Bintang dilencongkan ke sebelah kiri jalan di hadapan Bukit Bintang Plaza.
Walau bagaimanapun, mulai 15 Januari, 2014 sehingga Disember 2016, trafik akan diarahkan ke sebelah kanan Jalan Bukit Bintang di depan Restoran KFC dan McDonald untuk membolehkan pembinaan MRT itu.
Dua lorong sepanjang 150 meter dari persimpangan Jalan Sultan Ismail juga akan disusun semula ke arah sebelah kanan jalan .
"Peralihan aliran trafik ini diperlukan untuk memudahkan peringkat kedua pembinaan untuk Stesen Bukit Bintang bawah tanah masa depan," jelas Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Corp MRT Amir Mahmood Razak.
"Ini penting kerana MRT Corp sentiasa berusaha untuk memastikan projek mengikut jadual ", katanya.
Beliau berkata ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pengurusan trafik MRT Corp untuk memastikan lalu lintas yang di Bukit Bintang tidak terjejas teruk oleh kerja-kerja dijalankan , satu kawasan yang sudah sesak disebabkan oleh faktor lain.
MRT merupakan sistem pengangkutan rel baru untuk Lembah Klang. Ia adalah sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang Bidang Ekonomi Utama Negara, di bawah Program Transformasi Ekonomi.
Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) adalah sepanjang 51kms, dari bandar utara-barat laut Sg Buloh hingga ke bandar tenggara Kajang.
Apabila siap, ia akan terdiri daripada 31 stesen dan memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan.
Ia juga akan memiliki integrasi strategik dengan rangkaian pengangkutan rel sedia ada di Kuala Lumpur, iaitu LRT, Monorel dan KTM Komuter, serta laluan bas intra dan antara bandar.
Hasilnya akan memberikan keterkaitan yang lebih baik untuk Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya, di samping mengurangkan jumlah bilangan kereta yang memasuki ibu kota.
#Amir Mahmood Razak #Bukit Bintang #MRT #MRT Corp
;