MPSJ jamin kerja baik pulih tebing runtuh selesai Ahad

Astro Awani
Mac 28, 2013 20:20 MYT
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pembentung dan pengukuhan tebing di Pangsapuri Beringin, Puchong akan selesai Ahad ini.
Menurut Timbalan Yang Dipertua MPSJ Abdullah Marjunid, ia bagi meningkatkan keyakinan penduduk di pusat pemindahan untuk berpindah semula ke kediaman masing-masing.
Dalam kejadian pada 26 Mac lepas, tebing setinggi lapan meter dengan panjang 50 meter itu dipercayai runtuh akibat hujan lebat.
Malah ia merupakan kali kedua kejadian berlaku selepas runtuhan pertama pada 19 Februari lalu.
Seramai 138 mangsa daripada 30 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan berhampiran ekoran kejadian itu.
Klik video untuk laporan penuh.
#Pangsapuri Beringin #Puchong #tebing runtuh
;