MPP USM sambut baik perutusan tahunan Naib Canselor 2018
AWANI Rangers USM
Februari 28, 2018 20:05 MYT
Februari 28, 2018 20:05 MYT
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) menyambut baik Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018 yang bertajuk 'Merekayasa USM sebagai Universiti Pilihan'.
Yang Dipertuanya, Ahmad Syafiq Mohd Nasir berkata, penglibatan MPP USM dalam membantu pihak pengurusan universiti memberi input bagi mahasiswa amat dihargai.
Katanya, penglibatan ini mampu menjadikan setiap keputusan yang diambil selari dengan keperluan mahasiswa.
"Pembabitan mahasiswa mampu menjadi pencetus kepada idea-idea baharu yang lebih cekap selaras dengan moto 'Kami Memimpin'," katanya ketika ditemui AWANI Rangers USM.
Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail menekankan bahawa USM perlu menjadi unik dan bertindak sebagai magnet yang kuat dalam mempengaruhi pemegang taruh untuk menjadi universiti pilihan.
Mantra ‘Graduated by design not by chance’, dilaungkan Naib Canselor sebagai usaha menjadikan pelajarnya sebagai anak sulong untuk memimpin bukannya anak bongsu untuk dipimpin selaras dengan moto USM iaitu 'Kami Memimpin'.
Lebih 1500 orang termasuk pihak pengurusan USM, wakil industri dan pelajar membanjiri Dewan Tuanku Syed Putra USM bagi mendengar perutusan tahun 2018 pada Rabu.
_____________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia, Mohammad Ariffudin Sah Harudin
*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.
#AWANI Rangers
#AWANIRangers
#Mohammad Ariffudin Sah Harudin
#MPP USM
#Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018
#prof datuk dr asma ismail
#Universiti Sains Malaysia
#USM