SENAI: Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan melihat kepada syor atau cadangan yang boleh dibentangkan kepada kerajaan bagi mengatasi inflasi dan kenaikan kos sara hidup rakyat pada Mesyuarat MPN akan datang, bulan ini.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata meskipun negara melalui proses pemulihan selepas pandemik, namun masih lagi terdapat segelintir besar rakyat terkesan dengan masalah kenaikan harga barang yang menyebabkan inflasi.
"Pastinya saya sendiri sebagai pengerusi akan menekankan perkara-perkara itu (syor dan cadangan). Itu kalau nak ambil tindakan susulan daripada MPN, kita tubuhkan beberapa pasukan petugas bagi melihat, pasal kadar pemulihan sektor ni berbeza-beza.
Ada yang dah mula bergerak, ada yang susah. Antara cabaran utama ialah soal masalah aliran wang tunai...masalah kewangan atau masalah kewangan perbankan," kata beliau sambil menambah antara isu lain yang menjadi kebimbangan termasuk logistik, tenaga kerja dan lain-lain lagi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Bersatu Negeri Johor di Taman Scientex Utama, di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada MPN akan membincangkan syor atau cadangan pada Mesyuarat MPN akan datang yang kini bermesyuarat dua minggu sekali.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata satu persidangan akan dianjurkan oleh MPN di peringkat kebangsaan tahun ini bagi membincangkan isu-isu berkenaan dengan menjemput tokoh-tokoh dan pakar-pakar tertentu bagi memberikan pandangan mereka.
Beliau berkata persidangan itu akan dikendalikan Sekretariat MPN yang kini diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Dalam perkara berkaitan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan projek pertanian menggunakan teknologi hidroponik di Bachok, Kelantan, tidak lama lagi, bagi membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup tinggi.
"Saya akan lancarkan projek pertanian di Bachok, yang sudahpun bermula. Sambutan baik dan mungkin hasil daripada tanaman itu kita boleh bekalkan kepada rakyat kita yang agak miskin. Kalau boleh dibekal cara percuma, baik, kalau tidakpun dijual dengan harga murah, asal pulang modal sudahlah.
(Projek ini) bukan bertujuan untuk raih keuntungan. Ini sebagai langkah permulaan saya kira kalau ini sama-sama dapat didukung oleh penduduk untuk bersama-sama laksanakan, secara gotong royong pun kita alu-alukan tapi usaha ini akan dibuat oleh pemimpin PN dan Bersatu di seluruh negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
![MPN lihat kepada syor, cadangan untuk kerajaan tangani kenaikan kos sara hidup MPN lihat kepada syor, cadangan untuk kerajaan tangani kenaikan kos sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653578023_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata meskipun negara melalui proses pemulihan selepas pandemik, namun masih lagi terdapat segelintir besar rakyat terkesan dengan masalah kenaikan harga barang yang menyebabkan inflasi. - Gambar fail/BERNAMA
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716794499_NikNazmi.jpg)
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
![PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708006811_AnwarPKRPulauPin.jpg)
PM Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.
![MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689910663_DatukSeriZafrul.jpg)
MPN mahu MITI dan agensi turut fokus pelaburan langsung domestik - Tengku Zafrul
DDI yang menumpukan kepada sektor ekonomi yang membawa kepada pembangunan negara perlu diselaraskan dengan GLIC.
![PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649927675_putrajaya.jpg)
PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.
![Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668688918_TBibutunggal.jpg)
Ibu tunggal sambut baik insentif bantuan RM1,000 JKM
Rata-rata golongan sasar termasuk golongan ibu tunggal menyambut baik terhadap cadangan MPN dalam pembangunan sistem bersepadu selaras peningkatan insentif sebanyak RM1,000 setiap bulan melalui JKM.
![MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665818493_MKN.jpg)
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
![PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668001300_MuhyiddinYassin.jpg)
PRU15: Selesaikan segera isu LRT tergendala - Muhyiddin
Kerajaan perlu bertindak pantas menyelesaikan isu perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, kata Muhyiddin Yassin.
![Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667623440_MPN.jpg)
Kerajaan perlu lebih fokus, tingkat kemampanan sektor kritikal
Kerajaan perlu lebih fokus dan mengutamakan usaha dalam meningkatkan kemampanan sektor kritikal khususnya bagi mendepani cabaran krisis ekonomi global.
![Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625827991_Migrantworkers.jpg)
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.
![Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666761957_MPN.jpg)
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).