MPK turunkan papan iklan milik empat premis
Astro Awani
Disember 13, 2012 13:54 MYT
Disember 13, 2012 13:54 MYT
Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa menjalankan operasi menurunkan papan iklan milik empat buah premis di kawasan berkenaaan.
Tindakan dibuat selepas pemiliknya gagal menurunkan papan iklan berkenaan dalam masa 14 hari.
Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK Norfiza Mahfiz berkata selepas gagal mendapat maklum balas positif berhubung notis menurunkan papan iklan itu, MPK telah menghantar notis kedua.
Namun keadaan sama masih berlaku. Keadaan ini menyebabkan majlis itu tiada pilihan kecuali menurunkannya.
Seramai 30 anggota MPK terlibat dalam operasi menurunkan papan iklan tersebut. Jelas Norfiza, operasi seperti itu juga mensasarkan premis tanpa lesen serta premis berlesen yang melanggar peraturan ditetapkan majlis.
Operasi berkenaan turut disertai anggota polis untuk langkah keselamatan.