Perjanjian persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Indonesia mengenai cara menangani isu nelayan ditahan pihak berkuasa negara masing-masing ketika menangkap ikan di perairan yang dipertikaikan, perlu dikemas kini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perjanjian itu, yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Badan Keamanan Laut (Bakamla) Indonesia, harus diteliti semula kerana agensi berkenaan menjalankan fungsi yang berlainan.
Ini menyebabkan kes penahanan nelayan sering dirujuk kepada kementerian tertentu di negara masing-masing seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika kes berlaku di Malaysia.
"Kita perlu berunding dengan Indonesia untuk mengemas kini perjanjian ini kerana kita sudah ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang sama fungsinya dengan Bakamla di Indonesia.
"Saya akan perincikan perkara ini, bagi menentukan siapa pihak yang perlu bertanggungjawab dalam hal berkaitan penahanan nelayan dan siapa boleh dirujuk bagi penyelesaian masalah," katanya pada sidang media selepas Himpunan Bulanan dan majlis berbuka puasa kementerian di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEP) di sini, Isnin malam.
Selain 50 anak yatim, turut diraikan pada majlis itu ialah lima nelayan dari Pontian yang dibebaskan pihak berkuasa Indonesia pada 24 Mei dan 16 Jun lepas setelah ditahan pada 5 Mei.
Mohon pembebasan
Sambil memberi contoh jika nelayan Indonesia ditahan pihak berkuasa Malaysia, Ahmad Shabery berkata beliau pastinya akan didatangi menteri berkenaan dari republik itu untuk memohon pembebasan sedangkan pihak yang membuat tangkapan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan begitu juga jika ia berlaku kepada nelayan tempatan di negara jiran itu.
"Untuk itu, kedua-dua negara perlu mencari persamaan dalam mengemas kini perjanjian terdahulu bagi menentukan pihak atau agensi yang paling tepat dipertanggungjawabkan untuk mengelak kes nelayan ditahan di perairan yang dipertikaikan, sukar atau lambat dibebaskan," jelas beliau.
Antara lain, katanya, penelitian perjanjian itu perlu memastikan jika nelayan menjalankan aktiviti penangkapan di kawasan yang dipertikaikan dan ditahan, mereka sepatutnya hanya diperiksa pihak berkuasa sebelum dihantar keluar dari perairan itu dan bukannya ditahan seperti yang dilakukan pada masa ini.
Tidak senang
Ahmad Shabery berkata menangkap atau menahan nelayan merupakan sesuatu yang agak berat kerana ia akan melibatkan ramai pihak, yang tentunya boleh menimbulkan perasaan tidak senang di antara kedua-dua pihak dan negara.
"Sepatutnya, nelayan yang menangkap ikan di perairan yang dipertikaikan bukan ditahan tetapi dihantar keluar daripada kawasan itu atas semangat kejiranan, keakraban dan setiakawan dua negara," katanya.
Untuk mengelak kejadian sama berulang, Ahmad Shabery meminta semua nelayan tempatan supaya sentiasa mematuhi dasar dan peraturan perikanan yang ditetapkan dengan menangkap ikan di kawasan perairan negara.
Beliau berkata bagi memastikan nelayan tidak tersasar keluar dari perairan negara dan demi keselamatan di laut, kerajaan bersetuju membekalkan Sistem Identifikasi Automatik (AIS) secara percuma kepada semua nelayan pukat tunda Zon B seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Bernama
Mon Jun 20 2016

AHMAD SHABERY: Kedua-dua negara perlu mencari persamaan dalam mengemas kini perjanjian terdahulu bagi menentukan pihak atau agensi yang paling tepat dipertanggungjawabkan.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.

Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.

Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.

Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.

Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.

Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.

Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.

Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.

Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.

Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.