Moto2: Hafizh Syahrin dalam kesamaran

Astro Arena
April 13, 2020 11:20 MYT
Pelumba itu yang beralih ke pasukan Aspar musim ini dengan mengikat perjanjian sehingga hujung tahun, mengakui dalam dilema mengenai nasibnya. Gambar fail/ Bernama.
PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, dalam dilema berikutan penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) yang menjejaskan jadual kejohanan sukan permotoran dunia.
Pelumba itu yang beralih ke pasukan Aspar musim ini dengan mengikat perjanjian sehingga hujung tahun, mengakui dalam dilema mengenai nasibnya.
"Persoalan ini ada juga terlintas dalam fikiran dan saya tidak sangka ia akan ditanya oleh Nadi Arena.
"Saya masih tidak pasti kontrak saya dengan Aspar kalau kejohanan ini ditunda ke musim depan atau dibatalkan.
"Sudah pasti saya terkilan kerana ia mengganggu fokus dan kesefahaman saya dengan jentera.
"Sepatutnya, kami sedang berlumba dalam pusingan keempat di Argentina," katanya dalam nada berseloroh.
#Argentina #Aspar #COVID-19 #Hafizh Syahrin Abdullah #kontrak #koronavirus #nasib pelumba #Pelumba Moto2 #sukan
;