MOTAC sedia bantu busker perolehi lesen - Mohammadin

Astro Awani
November 18, 2018 21:48 MYT
MOTAC komited membantu pemuzik jalanan atau busker mendapatkan lesen mengadakan persembahan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited membantu pemuzik jalanan atau busker mendapatkan lesen mengadakan persembahan.
Menterinya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata, pengenalan lesen untuk komuniti itu dan Skim Pinjaman Mudah Seniman Jalanan berupaya mengukuhkan hala tuju komuniti tersebut.
"Permohonan lesen untuk pemuzik jalanan ini biasanya dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tetapi kita akan bantu sekiranya permohonan ada masalah untuk diluluskan.
"Kita akan bantu berunding dengan menteri berkenaan supaya mereka dapat meluluskannya memandangkan usaha pemuzik jalanan ini baik.
"Ia dilihat memberi hiburan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya.
Jelasnya, komuniti penghibur jalanan merupakan ejen pelancongan yang memberi sumbangan besar terhadap sektor pelancongan negara menerusi persembahan muzik.
#busker #hiburan #Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya #kerajaan #konsert #lesen #Mohammadin Ketapi #pelancong #pelancongan #Seniman Jalanan
;