MOSTI, TPM, Huawei Malaysia dan TM jalin usaha sama perkasa perniagaan dengan e-perkhidmatan MRANTI
Kenyataan Media
Januari 11, 2022 15:58 MYT
Januari 11, 2022 15:58 MYT
KUALA LUMPUR: Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menjalinkan usaha sama untuk membangunkan sebuah platform e-Perkhidmatan MRANTI. MRANTI merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan melalui penggabungan dua agensi di bawah MOSTI iaitu TPM dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre(MaGIC).
MoU dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Puan Dzuleira Abu Bakar; Naib Presiden Huawei Malaysia, Encik Lim Chee Siong; dan Naib Presiden Eksekutif TM ONE, Puan Shazurawati Abd Karim. Majlis pertukaran dokumen MoU turut disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba.
Datuk Seri Adham berkata,”Usaha MOSTI ini bertujuan untuk meningkatkan inovasi tempatan serta mempercepatkan penggunaan dan pembangunan teknologi, bagi membantu negara menyelesaikan cabaran masa kini, seperti yang ditetapkan dalam Dasar IR 4.0 negara.”
Tambah beliau lagi, “ Melalui kerjasama ini, kepakaran ketiga- tiga rakan strategikdisinergikan bagi mewujudkan persekitaran yang dinamik di mana perkhidmatan pengkomersialan, kepakaran teknologi dan tapak ujian disediakan bagi menyokong daya saing dan perkembangan portfolio syarikat teknologi tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.”
Dengan termeterainya MoU ini, TPM, Huawei Malaysia dan TM melalui unit penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE, akan membantu syarikat startup tempatan untuk memacu pemasaran komersil dengan mengetengahkan kemahiran dan produk mereka bagi memenuhi sebarang permintaan di platform e- Perkhidmatan. Ini termasuk menyediakan penyelesaian digital untuk menyokong TPM dan taman teknologi di bawah pengurusannya, membangunkan rangka kerja penyelesaian untuk memajukan inovasi syarikat serta memperkasakan Taman Kecerdasan Buatan di TPM melalui pendigital moden sejajar dengan matlamat ke arah transformasi digital dan merealisasikan agenda MyDIGITAL dan Dasar Revolusi Perindustrian ke- 4 Negara (Dasar 4IR).
MoU ini juga memfokuskan kerjasama strategik perkongsian kepakaran ketiga-tiga pihak melaksanakan perpindahan ilmu teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan 5G, selain bekerjasama dengan pemain industri dan pakar bidang khusus untuk memberikan pandangan dan khidmat nasihat kepada syarikat startup di era digitalisasi yang semakin pesat berkembang.
Menurut Puan Dzuleira, “Technology Park Malaysia kini dalam perbincangan aktif dengan rakan usaha sama swasta serta para pereka cipta untuk mendorong mereka mengambil peluang daripada 5 kluster teknologi yang sedang di bangunkan di TPM, iaitu, dalam pembuatan pintar, bandaraya pintar, teknologi hijau, teknologi pertanian, bioteknologi dan teknologi pembolehan. Pembangunan juga bakal dilaksanakan untuk Area 57 - satu pusat kemercelangan bagi teknologi dron dengan perkhidmatan infrastruktur bersepadu, serta Taman Kecerdasan Buatan yang luas dalam usaha menjadikan TPM sebagai Hab
4IR yang berkembang maju.”
Sementara itu, Puan Shazurawati mengulas, “Kolaborasi strategik ini adalah usaha TM dalam memperkukuhkan peranan sebagai sebuah syarikat teknologi berteraskan insan, yang menyediakan infrastruktur dan penyelesaian digital komprehensif merangkumi kesalinghubungan, pengkomputeran awan, pusat data dan keselamatan siber. Platform e-Perkhidmatan MRANTI ini akan dihoskan di TM ONE α Edge (disebut sebagai Alpha Edge), di mana ianya mempunyai ciri hyperscaler lengkap (full stack hyperscaler feature) serta mematuhi standard tertinggi industri. Keupayaan ini dapat membantu mempercepatkan transformasi digital syarikat tempatan sekaligus menyokong inovasi perniagaan.”
Dalam pada itu, Encik Lim menyatakan komitmen Huawei Malaysia untuk terus menyumbang sumber dan kepakaran kepada industri dan juga kerajaan sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran masa kini dan mem bimbing syarikat tempatan mengungguli ekonomi digital di hari mendatang. Syarikat-syarikat ini diharap dapat merangsang ekosistem dan memacu ekonomi digital negara dalam memastikan Malaysia menjadi hab digital yang terkemuka di ASEAN.
“Memorandum Persefahaman ini adalah pemacu utama dalam menyediakan kelebihan daya saing bagi syarikat tempatan yang akan dibekalkan dengan kemahiran mengenai analitik perniagaan seperti ‘Big Data’, AI, dan ‘blockchain’agar mereka mampu menempa kemajuan digi tal. Sebagai peneraju teknologi global, Huawei Malaysia akan terus menyokong aspirasi kerajaan bagi transformasi industri dan pembinaan lebih banyak pusat AI negara, di samping membimbing lebih ramai bakat perkomputeran awan dan AI di Malaysia.”
Huawei Malaysia dan TM telah bekerjasama dalam beberapa bidang sejak tahun lalu, dengan tujuan bersama untuk mempercepat digitalisasi perniagaan di Malaysia sejajardengan agenda ekonomi digital kerajaan.
Beberapa inisiatif utama termasuk memperkenalkan perkhidmatan TM ONE α Edge yang menawarkan khidmat awan, AI, internet kebendaan (IoT), keupayaan pengkomputeran teknologi Edge dan keselamatan siber. Kejayaan itu mempercepatkan penyelesaian dan perkhidmatan digital untuk negara dan pada masa yang sama, melangkah ke arah sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan infrastruktur awan menyeluruh milik Malaysia yang memastikan kedaulatan data negara.