KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan RM5.3 juta hingga 2025 untuk menaik taraf fasiliti dan makmal aplikasi teknologi nuklear Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) sebagai inisiatif mendepani isu sekuriti makanan negara.
Menteri berkenaan Chang Lih Kang berkata projek itu yang bermula tahun ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan menerusi peningkatan produktiviti agromakanan melalui teknik biak baka mutasi.
"Di samping itu, teknik isotop stabil digunakan bagi menentukan ketulenan makanan serta mengesahkan asal usul produk itu," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi MOSTI di Dewan Rakyat hari ini.
Chang berkata MOSTI selaku peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) turut memainkan peranan membantu memperkukuh lagi sekuriti makanan negara melalui penggunaan teknologi.
"Penggunaan teknologi seperti dron dan robotik oleh syarikat tempatan untuk proses penyemburan baja dan pembenihan pokok dapat meningkatkan kecekapan sekali gus mempercepat masa dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Beliau berkata antara penyelidikan berkaitan sektor agromakanan yang telah dilaksanakan oleh agensi di bawah MOSTI ialah penghasilan benih padi NMR 152 di bawah Nuklear Malaysia yang mampu mengeluarkan hasil tanaman hingga 10 tan sehektar berbanding kadar purata hasil padi lain sekitar enam tan sehektar di kawasan tanaman yang sama.
"Penghasilan benih baharu NMR 152 ini juga telah diiktiraf dan diperakui di peringkat antarabangsa menerusi penerimaan anugerah Outstanding Achievement Award IAEA dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) tentang Pembiakan Mutasi pada 2021 dan 2014, dan Anugerah Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) 2020," katanya.
Dalam pada itu, Chang berkata MOSTI sedang membangunkan garis panduan untuk kajian kebolehlaksanaan teknologi pelancar angkasa bagi memastikan cadangan tapak pelancaran memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata pihak industri yang berminat dalam membangunkan tapak pelancaran perlu mengemukakan laporan kebolehlaksanaan tapak pelancaran berdasarkan garis panduan itu untuk tujuan penilaian kerajaan.
"Seterusnya kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan masyarakat setempat sekiranya hasil kajian menunjukkan kebolehlaksanaan tapak pelancaran adalah tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Chang Lih Kang berkata projek itu yang bermula tahun ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan menerusi peningkatan produktiviti agromakanan melalui teknik biak baka mutasi. - Gambar fail

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga lagi klon kopi baharu jenis Liberica.

Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu
Sebanyak RM193.6 juta kerugian dicatatkan sepanjang tempoh dua tahun lalu melibatkan sektor pertanian, perikanan serta penternakan akibat bencana banjir.

Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana jika virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.