MOSTI jalin kerjasama negara luar percepat proses pembangunan vaksin - Dr Adham

Raja Hisyam Raja Zaid
September 9, 2021 11:25 MYT
DR ADHAM: Ia bukan hanya untuk vaksin COVID-19 sahaja, tetapi juga membabitkan vaksin-vaksin lain seperti denggi dan sebagainya. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) akan menjalinkan kerjasama dengan negara luar bagi mempercepatkan lagi proses pembangunan vaksin negara.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara tersebut akan diperincikan dalam pelan tindakan yang bakal dilancarkan tidak berapa lama lagi.
"Kita akan tingkatkan lagi kemampuan yang kita ada dengan kerjasama atau kolaborasi bersama negara luar.
"Ia bukan hanya untuk vaksin COVID-19 sahaja, tetapi juga membabitkan vaksin-vaksin lain seperti denggi dan sebagainya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelasnya, ia termasuk pembangunan membabitkan teknologi mRNA (messenger asid ribonukleik) dalam penghasilan vaksin.
Selain itu juga pihak MOSTI akan turut melihat keperluan dalam meningkatkan keupayaan modal dan keupayaan kepakaran bagi tujuan tersebut.
"Kesemua itu akan kita perincikan dalam roadmap yang akan MOSTI lancarkan sedikit masa lagi," jelasnya.
#mRNA #penghasilan vaksin #denggi #COVID-19
;