MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI

Fareez Azman
Januari 17, 2023 15:46 MYT
Pengiktirafan kepada teknologi tempatan di dalam perolehan kerajaan melalui Program MySTI, pembangunan dan pengaplikasian teknologi termaju seperti nanoteknologi dan robotik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan tujuh fokus utama pada tahun 2023 melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ia melibatkan pemajuan Model Pembangunan Sistem Pencegahan Ancaman Bencana Alam, Kesihatan dan Bekalan Makanan Negara.
"Untuk mengariskan beberapa hala tuju saya ingin membawa MOSTI, seperti kita sedia maklum saya telah gariskan empat Komuniti, Kerjasama, Kemajuan dan Kemakmuran.
Chang berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Majlis Amanat Menteri MOSTI di ibu negara, di sini pada Selasa.
"Saya juga gariskan tujuh fokus untuk MOSTI pada tahun 2023 ini, saya harap kita akan menggunakan STI untuk membantu negara dan rakyat menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang," jelasnya.
Tambahnya, enam lagi fokus lain yang ditetapkan iaitu Pembangunan Sistem Pintar untuk Komuniti Bandar-Luar Bandar Terhubung, pelaksanaan inovasi sosial berteras akar umbi dan teknologi tempatan serta penyelesaian cabaran industri dan kerajaan melalui MYHackathon.
Pengiktirafan kepada teknologi tempatan di dalam perolehan kerajaan melalui Program MySTI, pembangunan dan pengaplikasian teknologi termaju seperti nanoteknologi dan robotik.
Bagi memperkukuh pembangunan bakat sains dan teknologi, MOSTI turut menetapkan Program Upskilling for Deeptech and Futureskills bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara.
Manakala bagi memupuk minat pelajar dan belia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Program MyTechlympics turut akan dilaksanakan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Majlis Amanat Menteri MOSTI di ibu negara pada Selasa.
#MOSTI #STI #Chang Lih Kang #MYHackathon
;