MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Irfan Faruqi
Februari 27, 2024 22:50 MYT
Februari 27, 2024 22:50 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kod itu akan dijadikan panduan untuk memastikan penggunaan AI yang berhemah dan tidak memudaratkan masyarakat.
“MOSTI ambil tanggungjawab untuk bangunkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE). Ia akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.
“AIGE tidak mengikat secara perundangan, sebaliknya ia ialah garis panduan supaya kita tidak salah guna teknologi ini, guna secara berhati-hati dan tidak memudaratkan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
MOSTI bakal lancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Menteri
Lih Kang berharap pada masa akan datang satu undang-undang khusus bagi mengawasi penggunaan AI boleh dikuatkuasakan.
Menurutnya, ketika ini tidak banyak negara yang mempunyai undang-undang tersebut, kecuali negara-negara Kesatuan Eropah, China dan beberapa negara lain.
Agenda AWANI | Cerita Teknologi: Di Mana Kita Di Pentas Dunia? | 27 Feb 2024