Moratorium bersasar strategi betul, terus membantu semua yang terjejas
Surat Pembaca
Jun 6, 2021 17:15 MYT
Jun 6, 2021 17:15 MYT
APABILA YB Menteri Tengku Zafrul kata, Kerajaan tidak mengawal bank untuk berikan moratorium wajib kepada semua; ada kononnya 'hero rakyat' yang melenting. Asyraf Wajdi antara yang bising.
Tengku Zafrul maksudkan perkara yang betul. Menteri Kewangan tak boleh arah bank ikut suka. Industri perbankan nak jadi apa kalau Menteri boleh campur tangan ikut sesuka hati? Bank ada tatacara urus tadbir (governance) dan integritinya.
Menteri Kewangan dah jawab isu ini dengan baik kelmarin. Bank Negara dan bank-bank telah mencapai persetujuan perlaksanaan moratorium 3.0 untuk membantu semua yang terjejas, bukan B40 sahaja. Moratorium 3.0 kali ini adalah berdasarkan moratorium pertama dulu yang ditambah baik dengan pengalaman.
16 bank di Malaysia setuju untuk bantu. Semua kaedah dah diberitahu. Yang perlu dan terkesan boleh buat permohonan. Mohon pun kita malas?
Tak perlu nak paksa-paksa bank, sebab bank akurlah. Cuma bank tahu, dengan data yang tepat, berapa peratus sebenarnya perlu dibantu dengan moratorium. Kakitangan awam yang gaji jalan boleh teruskan pembayaran hutang-hutang bank. Tak dak masalah. Fakta ini Asyraf Wajdi leka bila desak 'blanket' moratorium untuk semua.
Tahun 2020, bila kerajaan umumkan "moratorium" secara blanket (6 bulan - PKP 1.0); ramai yang dapat manfaat. Pengumuman itu pun dibuat dengan kehendak FI (financial institutions) sendiri. Mereka pun tahu, semua industri perbankan di dunia pun tawarkan perkara sama. Tapi, tak banyak negara yang tawarkan "moratorium" menyeluruh macam Malaysia.
Industri perbankan dan kerajaan negara lain pun tak berani buat apa yang kita buat. Moratorium di Thailand hanya meliputi (33% loan books sahaja). Filipina (22%). Indonesia (16%). Singapura (10%). Malaysia sahaja ambil keputusan beri moratorium menyeluruh. Semua merasa.
Keputusan waktu itu cukup berani. Dapat nikmat? Dapat. Puji? Tidak. Maki lagi ada. Inilah sikap majoriti kita. Yang seronok ramai. 7.7 juta peminjam individu dapat penangguhan (nilai RM38.3 bilion). Suku juta PKS terima nikmat sama (RM20.7 bilion). Yang puji dan hargai, barangkali tak ramai. Yang menangguk di air keruh jadi batu api nampaknya ramai.
PKP 3.0 pun dikekalkan juga dengan konsep "moratorium bersasar" ni. Bersasar ini yang orang tak berapa gemar. Mereka nak automatik. Blanket. Baru mereka seronok dan gegak gempita. Berdasarkan data sebelum ini; 85 % dah sambung bayar pinjaman. Yang masalah 15 %.
Kita semua tak seronok dengan situasi semasa. Kita semua susah. Itu kerajaan faham.
Tak banyak negara di dunia yang masih mengekalkan moratorium di tahun 2021 ini. Ada kajian. Ada masa boleh BACA DI SINI.
Sebab itu, kita kena objektif nak nilaikan pemimpin atau individu. Tak perlu sebutlah segala akta yang kerajaan boleh guna pakai. Kerajaan pun tahu. Asyraf Wajdi tak perlu tunjuk pandai dalam hal ini. Buang masa.
Keuntungan Bank adalah keuntungan kepada poket Kerajaan dan pendepositor - rakyat juga sebenarnya. Tak perlu nak dengki sangat.
Rudi Hairi Aziz
Kuala Lumpur
#surat pembaca
#Moratorium
#Tengku Zafrul Aziz
#rakyat
#ekonomi
#kerajaan
#bank
#perbankan
#pandemik