KUALA LUMPUR:Empat kawasan di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berdepan amaran cuaca kategori merah.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran pada tahap bahaya itu menyaksikan hujan lebat bermula semalam dijangka berterusan sehingga hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dikemaskini pada 11.50 malam tadi, amaran cuaca buruk (jingga) yang dikeluarkan sebelum ini telah dinaik taraf ke merah.
Menurut kenyataan itu, keadaan hujan lebat di negeri pantai timur semakin berterusan.
Ia dijangka turut menjejaskan beberapa kawasan lain di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Lima kawasan di Kelantan, iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh diletakkan di bawah kategori jingga.
Begitu juga empat kawasan di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, serta tiga kawasan di Pahang, iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.
Kawasan yang disenarai dalam kategori kuning iaitu pada tahap waspada ialah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran dan Bera di Pahang.
Awal bulan ini, MetMalaysia memaklumkan empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia, yang akan bermula bulan ini dan berakhir pada Mac 2021.
Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November sehingga Disember 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Manakala mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Fasa kedua Monsun Timur Laut, iaitu mulai hujung Januari 2021, cuaca dijangka agak kering di negeri-negeri di utara Semenanjung.
Hafizi Rosli
Tue Nov 17 2020
Seorang lelaki merakam gambar pemandangan bandar Kuantan ketika berteduh di bawah jambatan Tanjong Lumpur semasa hujan lebat lewat petang semalam. --fotoBERNAMA
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.
Ramalan awal banjir: Pahang, Johor bermula 1 Januari, Kelantan dan Terengganu 31 Disember ini - PRABN
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada.
Jabatan Meteorologi jangka tiada hujan lebat sepanjang minggu ini
Setakat ini tiada sebarang tanda-tanda awal bahawa hujan lebat berterusan akan kembali sepanjang minggu ini.
Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika Vamco
Jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.
Taufan Haishen membadai Jepun, penduduk Kyushu mula berpindah
Taufan Haishen juga diramal cukup kuat sehingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.
Operasi pembenihan awan hari ini, esok dibatalkan
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Simon berkata OPA dibatalkan kerana keadaan atmosfera yang kering.
Johor nafi ada ancaman tsunami bulan ini
Kerajaan negeri menafikan khabar angin kononnya akan berlaku ancaman tsunami di Johor pada bulan ini sepertimana dakwaan yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Ribut petir diramal landa Makkah - meteorologi Saudi
Kawasan di tengah dan timur negara itu turut diramal berdepan cuaca buruk.
Amaran cuaca peringkat merah buat penduduk UK
Amaran ini bermula dari utara Cardiff ke selatan Exeter yang dijadual berlangsung dari 3 petang Khamis hingga 2 pagi Jumaat waktu tempatan.
Cuaca di Bangkok, utara Thailand diramal lebih dingin
Pada 19 hingga 21 Disember nanti, tekanan suhu yang kuat dari China akan sampai ke utara Thailand.