MOM tidak lantik individu dikait Jho Low sebagai COO
Bernama
April 13, 2019 05:03 MYT
April 13, 2019 05:03 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak pernah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebagai Ketua Pegawai Operasi MOM.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkara tersebut telah disahkan oleh Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Apabila berita itu keluar, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ada hubungi saya nafikan perkara tersebut.
"Beliau kata bahawa pelantikan itu tidak dibuat dan beliau sendiri akan pastikan pelantikan yang akan dibuat melalui merit terbaik," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.
Syed Saddiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal mengenai pelantikan Ung sebagai COO baharu MOM.
-- BERNAMA
#COO
#Jho Low
#Low Taek Jho
#Majlis Olimpik Malaysia
#Mohamad Norza Zakaria
#Olimpik
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Ung Su Ling
#Yayasan Rakyat 1Malaysia