Mohd Khalil pengarah narkotik Bukit Aman

Bernama
Jun 13, 2019 07:21 MYT
Mohd Khalil (gambar) menggantikan Datuk Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib 25 April lepas. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Khamis berkata arahan pertukaran itu berkuatkuasa 15 Julai.
Mohd Khalil menggantikan Datuk Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib 25 April lepas.
-- BERNAMA
#Asmawati Ahmad #Bukit Aman #ketua polis johor #Mohd Khalil Kader Mohd #Mohmad Salleh #Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik #Pengarah JSJN Bukit Aman #Polis Diraja Malaysia
;