Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok

Fareez Azman
Jun 27, 2021 14:47 MYT
Mohamad Sabu kini stabil selepas menjalani pembedahan kecil baru baru ini di sebuah hospital. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran Facebook Pejabat Presiden Amanah pada Ahad.
Sumber Facebook mohamadsabuofficial
“Insya-Allah beliau akan dibenarkan untuk keluar daripada wad pada esok bagi memulakan tugas seperti biasa,” kata kenyataan itu.
Ahli Parlimen Kota Raja itu sebelum ini dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kecil.
Gambar Mohamad tular di laman sosial menunjukkan dia terbaring di atas katil sambil ditemani seorang individu.
#Mohamad Sabu #Parti Amanah Negara #Facebook #Parlimen #Amanah #laman sosial #pembedahan kecil #wad #Hospital #Ahli Parlimen Kota Raja
;