Mohamad Sabu jalani pembedahan apendiks

Astro Awani
Jun 16, 2023 21:16 MYT
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) pada Jumaat malam atas nasihat pakar perubatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) pada Jumaat malam atas nasihat pakar perubatan.
Beliau sebelum itu telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada Jumaat untuk mendapatkan rawatan berhubung penyakit itu.
"Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi," menurut kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga yang terdekat dibenarkan untuk melawat beliau.
#appendicitis #apendiks #Mohamad Sabu #Pembedahan
;