PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan lawatan ke Rom, Itali dan Budapest, Hungary bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian dengan negara berkenaan, bermula hari ini hingga 8 Julai.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohamad akan menghadiri sidang pleno Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke-43 di Rom.
Sidang berkenaan merupakan platform bagi setiap ketua delegasi menyampaikan kenyataan negara di bawah agenda Semakan Keadaan Makanan dan Pertanian yang bertemakan 'Pengurusan sumber air untuk empat terbaik: pengeluaran terbaik, pemakanan terbaik, persekitaran terbaik dan kehidupan terbaik, bagi mencapai Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan' pada tahun ini.
Menurut KPKM semasa persidangan FAO tersebut beliau akan bertemu rakan sejawat Menteri Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali Francesco Lollobrigida bagi mesyuarat dua hala bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan dan teknikal.
"Pertemuan ini juga akan digunakan sebagai peluang untuk meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian negara dalam usaha meningkatkan keseimbangan perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu hari ini.
Selain itu, kenyataan itu memaklumkan Mohamad akan turut bertemu Ketua Pengarah FAO Dr. Qu Dongyu bagi berbincang perkara berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan serta nutrisi global, di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan FAO dalam pelbagai sektor berkaitan pertanian.
Menteri itu akan meneruskan lawatan ke Budapest pada 6 Julai bagi mesyuarat dua hala dengan Menteri Pertanian Hungary Istvan Nagy dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu pemeteraian memorandum berkenaan akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pertanian, meningkatkan kemahiran teknikal dan kepakaran pegawai, memudah cara akses pasaran produk pertanian Malaysia ke Hungary serta membolehkan kedua-dua negara merangka program kerjasama baharu yang bersesuaian.
Menurut KPKM Mohamad turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Majlis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (MATE).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Mohamad turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama di Majlis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (MATE). - Gambar fail
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.