Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD

Bernama
Mei 3, 2023 10:31 MYT
Mohamad Fauzi memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini, Putrajaya, 3 Mei 2023. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang baharu Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu hari ini.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.
Mohamad Fauzi, yang menggantikan Datuk Seri Mohammad Mentek yang memegang jawatan itu sejak 4 Nov 2020, mengimbas wajah di mesin kedatangan sebelum memasuki pejabatnya.
Antara jawatan yang pernah disandang Mohamad Fauzi ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
#Mohamad Fauzi Md Isa #Ketua Setiausaha KKD #Kementerian Komunikasi dan Digital #Mohammad Mentek
;