Moga tekanan darah tak naik sama, reaksi pengguna kesan kenaikan tol

Kohilah Sekaran
Oktober 13, 2015 16:32 MYT
Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan.
18 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3, berkuat kuasa 15 Oktober ini.
Antara lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).
Susulan pengumuman itu, satu tinjauan dilakukan oleh AWANI di Lebuhraya Duta-Ulu Klang bagi mendapatkan reaksi pengguna jalanraya.
Seorang pengguna, Ramli Jamil, berpendapat tindakan menaikan kadar tol adalah tidak wajar kerana rakyat sudah dibebani dengan kenaikan harga minyak serta barangan lain.
Mohd Azman Awang pula berkata, "Syarikat konsesi tidak seharusnya menaikan kadar tol. Hal ini kerana, jumlah kereta di jalanraya semakin meningkat, sudah pasti pendapatan mereka juga meningkat. Jadi, kadar tol tidak sepatutnya dinaikan."
Manakala, seorang pengguna jalan raya, Sulaiman Mohd Mansur menyokong tindakan kerajaan kerana menurut dia, banyak perkara positif disebalik tindakan ini kepada kerajaan dan juga rakyat.
“Dalam masa sekarang, peningkatan dalam pendapatan kerajaan adalah penting. Jadi, ini adalah perkara yang biasa. Di luar negara pun sama, maka negara kita tidak mempunyai sebarang perbezaan,’’ kata Sulaiman.
Sementara itu, media sosial juga dijadikan medium untuk meluahkan pandangan serta reaksi pengguna jalan raya berkenaan kenaikan kadar tol.
Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan.
Hal ini kerana, menurut mereka kos hidup di negara ini sudah tinggi, tindakan kerajaan menaikan kadar tol hanya menambah sengsara rakyat.
Malah, ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan sindiran di media sosial.

Tol naik, moga darah rakyat Malaysia tak naik sama.

— Dr. Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kadar tol naik hari Khamis ini. Bulan depan LRT akan naik. Semua ikut tukaran RM kepada USD yg juga naik melambung. Rakyat naik berang

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mampoih tol naik, mcmana nak balik raya rumah mak mertua nnti. Dahla jauh.

— Ibra (@BurgundyBrogues) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tol naik. Hmm. Sorry guys. Can't think of a good joke for this one. Cause it's not funny anymore. Naik dalam 80%. Gila woi!

— Azwan Juperi (@azwanjuperi) October 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tol naik lg? Syukur jalan kat kampung sy masih tiada tol. Terima kasih BN. Ikhlas, TheAfyAdriamie

— Afy (@Afy_Adriamie) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kos hidup yg meningkat, RM yg jatuh, GST yg menekan, harga minyak yg naik turun, dan kini tol naik lagi... https://t.co/pRonAPw4PS

— MangroveMomma (@VersedAnggerik) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Not funny k tol naik but our fresh grads salary still sama Mcm 5 tahun lepas . Sigh /p>— WZ (@WanZaheedahM) October 12, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kadar Tol naik.. Thankyou government! /p>— Nadiah Rahman (@Nnadiaharrais) October 12, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tq so much pak jib,after GST and oil price now tol plak naik..lps ni harga public transport plak good job pic.twitter.com/B10TaDSRE4

— Adam Soleh © (@adamboom88) October 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lps gst, harga naik. Bila currency teruk, harga naik lagi. World oil price drop, dia pergi naikkan. Now Harga tol naik. Sayang gomen ketat2/p>— Aliff Rusli (@AlepRsly) October 12, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Imagine when everyone stops driving and ride motorcycles or public transport sebab mogok harga tol naik

— Nurbiha (@BiyhaKhri) October 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, tidak ada kenaikan kadar tol di semua lapan lebuhraya kendalian PLUS.
Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam satu kenyataan berkata, penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya menghubungkan negeri.
#kadar #Malaysia #reaksi #tol
;