MOF nafi terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul

Hilmi Malik
Mac 18, 2022 10:45 MYT
Surat tersebut dipercayai tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau pada Khamis. - Sumber foto MOF
KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat menafikan surat peletakan jawatan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti yang tular di media sosial.
MOF menerusi hantaran di Twitter menyatakan, Tengku Zafrul masih komited dalam menjalankan tugas terutamanya usaha ke arah pemulihan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.
Surat tersebut dipercayai tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau pada Khamis.
BACA: Tengku Zafrul tidak letak jawatan

Kementerian Kewangan ingin menafikan surat perletakan jawatan YB Menteri Kewangan yang tular. Fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu COVID-19. pic.twitter.com/iPXMShbWD4

— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) March 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khabar Angin | Tengku Zafrul nafi letak jawatan
BACA: Usul Titah Diraja lulus, 'peletakan jawatan' Tengku Zafrul warnai Dewan Rakyat
Baru-baru ini, isu peletakan jawatan Tengku Zafrul menjadi perbualan hangat di Dewan Rakyat selepas beliau dikatakan tidak hadir membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022), pada Rabu lalu.
Tegas Tengku Zafrul, perkara itu sememangnya sudah dibincangkan di pihak kementerian yang membenarkan Timbalan Menteri Kewangan untuk melaksanakan perkara itu.
Bahkan, pada tahun lepas, katanya, Timbalan Menteri Kewangan yang membentangkan RUU Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat.
#MOF #Kementerian Kewangan #Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #Tular