MNRB lantik Ahmad Noor Azhari sebagai Presiden, CEO baharu Malaysian Re

Bernama
Mac 31, 2023 10:31 MYT
Ahmad Noor Azhari mempunyai pengalaman melebihi tiga dekad dalam industri dengan tujuh tahun daripadanya dengan Malaysian Re. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: MNRB Holdings Bhd melantik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re), berkuat kuasa 1 April 2023.
Dalam kenyataan hari ini, katanya Ahmad Noor Azhari menggantikan Zainudin Ishak yang tamat kontrak pada 1 April.
Ahmad Noor Azhari mempunyai pengalaman melebihi tiga dekad dalam industri dengan tujuh tahun daripadanya dengan Malaysian Re.
Pada masa ini beliau ialah Ketua Pegawai Penajajaminan (CUO) Malaysian Re, jawatan yang disandangnya sejak 1 Dis 2021.
Sebagai CUO, beliau bertanggungjawab untuk meneraju perniagaan syarikat di Asia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, serta pasaran Amerika Utara.
Sebelum menyertai Malaysian RE pada 2016, Ahmad Noor Azhari ialah Pegawai Prinsipal Pejabat Serantau Timur Jauh Kuwait Re.
-- BERNAMA
#Malaysian Re #CUO #MNRB Holdings Bhd #CEO