MKN nafi setuju pelaksanaan PKP

Bernama
Januari 7, 2021 13:04 MYT
MKN menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan PKP seperti yang tular di media sosial. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.
MKN menegaskan kenyataan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai berhenti berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
#penafian berita tular #Pasukan Respons Pantas #Kementerian Komunikasi dan Multimedia #KKMM #Majlis Keselamatan Negara #MKN #PKP #COVID-19
;