MKN nafi PKPD akan diisytihar di beberapa kawasan di Kubang Pasu

Bernama
Mei 16, 2021 09:49 MYT
Menurut MKN, tiada ketetapan dibuat berhubung tarikh PKPD di seluruh daerah Kota Setar seperti yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 10.30 malam tadi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) nafi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan diisytihar di beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu, Kedah melibatkan Kampung Paya Kechut, Taman Mahsuri, Taman Tengku Anum dan Kampung Lubuk Kawah bermula 17 Mei manakala masih tiada ketetapan tarikh PKPD di seluruh daerah Kota Setar seperti yang tular di media sosial.
Kenyataan itu juga meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
#Majlis Keselamatan Negara #PKPD #Kubang Pasu #media sosial #Kedah #keselamatan #perintah kawalan pergerakan #KKMM #Kementerian Komunikasi dan Multimedia #berita tular #Kota Setar
;