Misteri mayat terbakar dan tertiarap tengah bendang
Adie Sufian Zulkefli
Mac 16, 2019 19:42 MYT
Mac 16, 2019 19:42 MYT
Seorang petani terkejut apabila menemui mayat dalam keadaan tertiarap dan terbakar di dalam petak bendangnya di Jalan Gunung, Anak Bukit, Alor Setar pada Sabtu.
Ketika itu petani yang enggan dikenali itu turun ke sawah dengan tujuan untuk membakar jerami.
Dia bagaimanapun terkejut menemui mayat yang hampir hangus terbakar sebelum menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi orang awam pada jam 11.40 pagi dan segera menghantar unit forensik ke lokasi kejadian..
Hasil siasatan di lokasi penemuan mayat polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.
Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun sebab sebenar kematian sama ada ianya kes bunuh atau tidak hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan pada pagi Ahad.
Jelas Meor Farid beliau percaya mayat itu bukan warga tempatan.
#Alor Setar
#bunuh
#Hospital
#jenayah
#Kedah
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah
#mangsa
#mayat
#Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid
#siasatan