Misteri kek hari jadi untuk bekas Menteri Kabinet?
Astro Awani
Oktober 20, 2017 15:53 MYT
Oktober 20, 2017 15:53 MYT
Orang ramai yang memenuhi perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu di sini saling berpandangan sesama sendiri apabila tiga biji kek dibawa masuk ke premis bangunan kehakiman itu tengah hari tadi.
Pelbagai spekulasi timbul sama ada tiga biji kek itu dibawa untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran seorang bekas menteri Kabinet yang akan dibawa ke mahkamah selepas penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.
Satu biji kek yang dibawa oleh seorang lelaki berbaju putih manakala dua biji lagi dibawa oleh seorang pengawal keselamatan mahkamah.
BACA: Seleweng dana KKLW: Giliran bekas Menteri Kabinet beri keterangan
BACA: Seleweng dana KKLW: Menantu lelaki ditahan SPRM
Tinjauan Astro AWANI di bangunan mahkamah itu mendapati ratusan penyokong VIP itu membanjiri perkarangan mahkamah itu.
Astro AWANI turut difahamkan SPRM sedang menunggu laporan kesihatan daripada doktor sebelum memutuskan lokasi untuk mendapatkan perintah reman ke atas bekas Menteri Kabinet tersebut.
Ahli veteran politik itu dilaporkan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami tekanan darah tinggi malam tadi.
#dana
#GE14
#Hospital Queen Elizabeth
#kabinet
#kek
#kerajaan
#KKLW
#mahkamah
#Malaysia Memilih
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#pembangkang
#PRU14
#Sabah
#seleweng
#Shafie Apdal
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Warisan