Misteri kapal selam timbul di Pulau Pinang terjawab

Astro Awani
September 28, 2015 20:21 MYT
Kapal selam berkuasa diesel-elektrik itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini. - Foto Bernama
Penumpang feri Pulau Pinang hari ini dikejutkan dengan kemunculan sebuah kapal selam tentera Australia di perairan negeri itu, pagi tadi.
Kemunculan kapal selam HMAS Sheean itu menarik perhatian orang ramai dan banyak foto kapal itu tersebar di media sosial.
Kapal selam berkuasa diesel-elektrik itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.
Wakil tentera laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan berada di Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.
Selepas Pulau Pinang, HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah serta akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.
Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke pengkalan laut mereka di barat Australia.

Penumpang Feri P.Pg pagi ini terkejut dgn timbulnya Kapal Selam Aust.HMS Sheean yg terapung kat dermaga Pelabuhan. pic.twitter.com/8nrn0qCKke

— Lim Guan Eng (@cmlimguaneng) September 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#trendingWangolds Kapal Selam Tentera Australia Berlabuh Di Butterworth http://t.co/BA3cK0UJKo pic.twitter.com/0JjYgudwyy

— wangolds (@wangolds) September 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kapal selam singah di Penang utk istirehat sblm meneruskan pelayaran dan latihan dgn kita. Baik utk ekonomi negara! https://t.co/rYPZnZCp1l

— Kamarul (@mykamarul) September 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TQ Admiral “@mykamarul: HMAS Sheen kapal selam jenis Collin lawatan ke PP sblm meneruskan latihan dgn TLDM https://t.co/re8zF2yRiG/p>— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) September 28, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hmas sheean #rno
;